Lawatan Sambil Belajar Kelab Usahawan Muda SAINSri

Tahniah & Syabas kepada ahli Kelab Usahawan Muda SAINSri yang telah menjalankan 2 lawatan sambil belajar ke dua buah kilang Industri Kecil & Sederhana (IKS) pengeluaran roti dan keropok oleh usahawan Bumiputera di Bandaraya Miri. Semoga dengan lawatan berkenaan memberi manfaat dan ilmu keusahawanan khusus kepada bakal-bakal pelajar SAINSri yang berminat untuk menjadi usahawan muda berjaya suatu hari nanti.


TARIKH : 05 MEI 2010 (RABU)
TEMPAT : JF HOUSE OF KEROPOK
BIL. AHLI : 49 ORANG TERMASUK 2 ORANG GURU PENGIRING
MASA : 2.00 PTG – 4.30 PTG

Objektif Lawatan:
Mempelajari selok-belok bidang keusahawanan.
Memberikan pendedahan kepada pelajar tentang bidang pembuatan keropok.
Memberikan kesedaran, dorongan dan motivasi kepada pelajar bahawa bidang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) juga boleh berjaya.

Aktiviti Semasa Lawatan:
Mendengar taklimat tentang bidang pembuatan keropok
Mendengar taklimat tentang bidang keusahawan
Mendengar taklimat proses permohonan Logo Halal
Lawatan di kilang keropok






TARIKH : 07 APRIL 2010 (RABU)
TEMPAT : MORNI BAKERI
BIL. AHLI : 49 ORANG TERMASUK 2 ORANG GURU PENGIRING
MASA : 2.00 PG – 5.00 PTG

Objektif Lawatan:
Mempelajari selok-belok bidang keusahawanan.
Memberikan pendedahan kepada pelajar tentang bidang pembuatan roti.
Memberikan kesedaran, dorongan dan motivasi kepada pelajar bahawa bidang
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) juga boleh berjaya.

Aktiviti Semasa Lawatan:
Mendengar taklimat tentang bidang pembuatan roti
Mendengar taklimat tentang bidang keusahawan
Lawatan di kilang roti


No comments:

Post a Comment