Perlawanan Persahabatan Ragbi SM Sains Miri Malaysia lwn JIS International School Brunei

26 Februari 2011, Sabtu. 4.00 ptg.



Tahniah kepada SAINSri Rugby Team kerana dapat membuktikan bahawa dengan semangat juang yang tinggi, persediaan mental dan fizikal yang rapi kita dapat mengungguli perlawanan persahabatan berkenaan.

Walaupuan ianya cuma satu perlawanan persahabatan, tetapi kedua-dua pasukan SAINSri dan JIS telah bersaingan sengit dan perlawanan begitu mendebarkan sejak dari sepak mula lagi.



Syabas SAINSri dengan mata dari 5 try, 2 conversion dan 1 free kick manakala JIS dengan 3 try dan 3 conversion, kemenangan berpihak kepada SAINSri dengan keputusan penuh 32-21.

Syabas sekali lagi diucapkan kepada semua pemain, guru penasihat kelab ragbi SAINSri, jurulatih pasukan ragbi Mr. Zack & Mr. Tim, JK Penganjur, semua pelajar "die hard fan the SAINSrians", para ibu bapa serta Pasukan jemputan JIS Brunei atas perlawanan yang cukup bermakna semalam.


Kepada Rugby players bersedia pula untuk perlawanan persahabatan dengan SM Vokasional Miri pada 4 Mac nanti. Kepada penyokong setia SAINSri kehadiran dan semangat anda bakal ditagih sekali lagi.

Agi idup Agi Ngelaban!