Baju Unit Beruniform Baru?



Salam.. dengar khabar ada jualan penghabisan stok jualan murah baju unit-unit beruniform kat kedai Lembah Hijau di Morsjaya. Kedai tu letak bertentangan dengan Servay.

Bagi SAINSrians yang bercadang hendak beli baju b-form yang baru bolehlah jenguk-jenguk kat sana. terutama skali jika baju sedia ada sudah lusuh bertukar warna, koyak, hilang atau sebagainya.

Puding Jagung PASCA PMR



Terima kasih tak terhingga kepada pelajar Ting.3Maju yang telah menghantar puding jagung yang telah dimasak sendiri dalam Kelas Memasak Program PASCA hari ini. Walau rupanya tiada tetapi boleh tahan juga sedap rasanya. Lepas ni bolehlah buat berniaga. Tahniah juga kepada guru-guru yang telah mengawal selia mereka.

Mini Sukantara

Tarikh: 15 Oktober 2010
Tempat: SM SAINS Miri
Penglibatan: Pelajar Ting 1 & 2.
Urusetia: Pelajar Ting.4



Tepat pukul 3.00 ptg, bermulalah acara mini sukantara 2010 yang hanya melibatkan semua pelajar tingkatan 1 & 2 yang hanya melibatkan acara 100m sahaja. Jumlah mata yang diperolehi nanti akan ditambah kepada pungutan mata Mini Temasya Olahraga yang akan berlangsung pada 22 Okt dan 27 Okt nanti. Berikut adalah keputusan mini sukantara.

Gamma: 38 mata
Sigma: 38 mata
Omega: 37 mata
Delta: 27 mata

Kejohanan Balapan & Padang Olahraga Pembangunan 13tahun (Ting.1) MSS Daerah Miri

Tarikh: 14-15 Oktober 2010
Tempat: Stadium Bandaraya Miri

Imbasan Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform SAINSri

Tarikh: 31 Julai 20101 (Sabtu)
Tempat: Dataran Tunku Abdul Rahman, SM Sains Miri.




Johan: Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM)
Naib Johan: Pasukan Kadet Bomba & Penyelamat Malaysia
Ketiga: Persatuan Pandu Puteri SM Sains Miri

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H



JK Pengurusan Kokurikulum SAINSri ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua warga pendidik, warga staf dan putera-puteri SAINSri.

Mohon Maaf Zahir & Batin. Selamat Balik Kampung & Selamat Bercuti.


Ragam warga SAINSri semasa Majlis Khatmal Al-Quran (Khamis, 2 September 2010) dan semasa Majlis Bersalaman sebelum balik bercuti berhari raya (Jumaat, 3 September 2010)


Imbasan Kejohanan Ragbi 10 Sepasukan SBP Tahun 2010

Pada 6-9 Ogos yang lalu pasukan Ragbi SAINSri telah beraksi di padang ragbi Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok dalam Kejohanan Ragbi 10 Sepasukan SBP 16 Tahun ke Bawah anjuran Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah.

Sebagai makluman, di dalam peringkat kumpulan kita telah menang 1 perlawanan dan tewas satu perlawanan, seterusnya layak bertandingan di Peringkat Bowl.

Peringkat Kumpulan:
SM Sains Miri (SAINSri) kk SM Sains Sultan Ahmad Shah (SEMSAS), Pahang. [0-24]
SM Sains Miri (SAINSri) mk SM Sains Kepala Batas (SAKBA), Pulau Pinang. [10-5]

Peringkat Bowl
SM Sains Miri (SAINSri) kk SBPI Batu Rakit (BRAINS), Terengganu. [0-27]



Laporan oleh Cikgu Azmi & Cikgu Badruliman

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Kali ke-53



JK Pengurusan Kokurikulum SAINSri dan ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan kepada semua warga SAINSri serta semua ibu bapa. Khusus buat generasi muda bakal pemimpin negara suatu hari nanti kekalkanlah kemerdekaan negara kita dengan menghargai pengorbanan pemimpin, ibu bapa dan guru kita.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Lawatan Yg Berbahagia Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh & Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK)

Tanggal 23 Ogos 2010 bersamaan 13 Ramadhan 1431H yang lalu, bumi SAINSri telah dimeriahkan dengan sambutan Lawatan Kerja Rasmi Yg. Berbahagia Pn. Ashah bt Samah, Pengarah BPSBPSK. Bersempena bulan ramadhan ini Yg. Berbahagia Pengarah serta rombongan telah sudi bersama-sama berbuka puasa dan bersolat Maghrib, Isya & Tarawih dengan anak-anak pelajar serta seluruh warga SAINSri.



"Annual Build and Break Competition 2010"


Tarikh: 31 Julai 2010
Tempat: Curtin University of Technology
Anjuran: Young Engineers Section (YES), Institution of Engineers, Malaysia (IEM) Miri Branch.


Pelajar terlibat:
Mohd Ainol Fhatah
Nur Wahida Bt Che Zulkifli
Adilla Farhanie Bt Junaidi
Mohd Amirul Hadafi B Abdulah
Khaw Soon Khai
Arwin Lashawn Kendary
Hazwani Qisteena
Nazatul Nadhirah Zuliddie
Zahid Hamidi
Mohd Azran
Jennie Awing
Alice Sakai
Awg Muhd Hamiddudin
Khairiz Fadzillah
Mohd Safwan Seruji
Parvinaa Thimayah
Eva Vanissa David
Diana Hassan
Mohd Fitrie B Mahem
Muhd Ariff B Jamil



Guru Pembimbing: Cikgu Wilfred & Cikgu Norzamirmizam

Perkhemahan Unit Beruniform SAINSri 2010



Perkhemahan perdana unit beruniform SAINSri telah diadakan pada 29-31 Julai 2010. Seramai 56 ahli unit beruniform daripada 7 unit beruniform SAINSri telah terlibat di dalam program berkenaan.

Di antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan adalah seperti:
Ikhtiar Hidup
Membaca Kompas
Unggun Api & Malam Kebudayaan
Pertolongan Cemas
Ikatan & Simpulan Tali
Pertandingan Membuat Gajet
Pertandingan Khemah Terkemas.






JK Pengurusan Kokurikulum SAINSri mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Jawatan Kuasa yang terlibat, semua guru-guru penasihat unit beruniform dan fasilitator2 yang telah menjayakan perkhemahan kali ini. Syabas & Tahniah.