Lawatan Kerja Rasmi Yg. Berbahagia Dato' Hajah Noor Rezan bt. Bapoo Hashim Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan)

Segak bergaya dengan pakaian lengkap unit beruniform masing-masing, pelajar-pelajar SAINSri sangat berbesar hati memyambut dan meraikan lawatan kerja Yg. Berbahagia Dato' Hajah Noor Rezan bt. Bapoo Hashim serta rombongan ke Kampus SAINSri. Ketibaan tetamu dialu-alukan dengan bunga manggar, paluan kompang, kalungan manik dan tarian etnik suku-suku kaum di Sarawak. Sempena dengan lawatan beliau juga telah diadakan upacara pemotongan kek sempena Sambutan Ulangtahun ke-20 SAINSri Gemilang (1990-2010). Yg. Berbahagia Dato' turut dikejutkan dengan penyerahan jambangan bunga dan nyanyian Lagu Ibu daripada pelajar Ting.1 SAINSri sempena Sambutan Hari Ibu yang secara kebetulan jatuh pada tanggal 9Mei 2010.





Lawatan beliau di SAINSri diteruskan dengan lawatan ke Lorong & Sudut PPDa dan jamuan makan tengah hari serta taklimat ringkas mengenai SAINSri daripada Pengetua Kanan SAINSri Pn. Hjh. Serina bt. Sauni di bilik Santubong.

Selepas melawat SAINSri, rombongan Yg. Berbahagia Dato' akan bertolak ke Bahagian Limbang untuk melawat Sekolah Rendah Kluster, SK Ulu Lubai.

Semoga apabila berakhirnya kunjungan Yg. Berbahagia Dato' di Bumi Kenyalang kali ini memberi makna dan kenangan yang cukup manis. Semoga berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment