Rugby 10's Tri Series (II) 2010 U18

Sabtu 17 Julai 2010. Tarikh bersejarah bagi SM Sains Miri. Ini kerana buat pertama kali selepas 2 tahun tidak beraksi, Pasukan The MIGHTHY SAINSri telah mengadakan satu siri perlawanan persahabatan di padang ragbi SM Sains Miri. Pasukan-pasukan yang terlibat:

1. SM Sains Miri
2. SM Vokasional Miri
3. Miri Hornbills

Alhamdullilah.. Daripada dua perlawanan berkenaan, pasukan kita telah menang apabila menentang SM Vokasional Miri dan tewas kepada Miri Hornsbill. Suatu yang membanggakan kita berjaya mengelak sebarang 'try' dilakukan pasukan Hornbills pada separuh masa kedua.

Petang berkenaan juga turut dimeriahkan dengan perlawanan pertunjukan daripada pasukan Kesatuan Ragbi Bahagian Miri (MDRU) yang ternyata menghiburkan dan memberi banyak ilmu serta pengalaman kepada Pasukan Ragbi SAINSri.

Dengan itu, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para guru pembimbing Kelab Ragbi SAINSri iaitu Cikgu Azmi b. Zainuddin & Cikgu Badruliman b. Batni bersama-sama jurulatih yang dijemput khas dari MDRU iaitu En. Zakaria b. Hj. Hamzah (Brunei) dan En. Timothy Alexander Lian (Brunei). Turut tidak dilupakan tunjuk ajar, bimbingan dan semangat yang dicurahkan oleh Mr. Lendle dari Shell Miri.



SAINSri Rugby Team Logo


Agi Idup Agi Ngelaban

Biar Luput Anang Cabut

Ngap Sayot!



Maksud Logo


Berbentuk dan berlatarbelakangkan bola ragbi

Warna biru melambangkan Laut (SAINSri terletak berdekatan Laut Cina Selatan)

Telaga Minyak melambangkan Bandaraya Miri (hasil minyak)

Merah melambangkan keberanian & disiplin

Warna kuning melambangkan satu pasukan elit & berktrampilan


Logo dihasilkan oleh: SAINSri Rugby Team 2010

Pertandingan Futsal & Bola Jaring Piala Pusingan Pengetua SAINSri 2010

Pada 14 Julai 2010, Pertandingan Futsal & Bola Jaring bagi merebut Piala Pusingan Pengetua SAINSri bagi Tahun 2010 telah diadakan.




Kunjungan Mantan PKKO Sainsri



Mantan PKKO pertama SM Sains Miri (2004-2005), En. Azemi b. Ahmad telah mengunjungi SAINSri sekali lagi setelah hampir 5 tahun berpindah ke SBPI Sultan Iskandar, Mersing, Johor. Kunjungan beliau kali ini adalah sebagai Guru Cemerlang Kimia bagi menyampaikan ceramah dan bengkel teknik menjawab soalan Kimia SPM bagi pelajar tingkatan 5 tahun 2010 pada 25-27 Jun 2010.

Setelah datang ke SAINSri banyak kenangan dan pengalaman lalu yang mengamit perasaan beliau. Beliau sangat teruja melihat perkembangan dan perubahan SAINSri masakini. Beliau juga mengharap pelajar SPM 2010 akan mencapai prestasi cemerlang dalam peperiksaan nanti khususnya bagi subjek Kimia.