Imbas Kembali Temasya Olahraga Tahunan SAINSri kali ke-18 Tahun 2010

Imbas kembali acara kemuncak Temasya Olahraga Tahunan SAINSri 2010 yang telah diadakan di Padang SM Sains Miri pada Khamis, 11 Februari 2010.



Beberapa pertandingan peringkat awal telah diadakan sebelum hari temasya seperti:
1. Sukantara Antara Rumah (Rabu, 3 Februari 2010)
2. Acara Akhir Padang (4-5 Februari 2010)

Manakala semasa hari Temasya pula, telah diadakan acara akhir balapan yang sebelum itu, majlis telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Miri, En. Awang@Ibrahim b. Ahmat.

Aturcara majlis perasmian temasya pada hari berkenaan adalah seperti berikut:
  • Lalulintas hormat pasukan unit beruniform dan rumah SAINSri yang mengambil bahagian dalam pertandingan.
  • Ucapan aluan Pengetua
  • Ucapan Perasmian tetamu kehormat
  • Upacara menaikkan Bendera Kejohanan
  • Upacara Lafaz Ikrar Kejohanan
  • Persembahan tambor oleh Rejimen Askar Melayu di-Raja Kem Sri Miri.
  • Persembahan Padang 1Malaysia oleh pelajar-pelajar Ting1 & 2.
  • Pertandingan Maskot antara rumah.
  • Pertandingan Khemah Berhias antara rumah.
  • Acara akhir balapan bermula.
  • Penyampaian cenderamata, hadiah, piala dan anugerah kepada pemenang.
Tahniah & Syabas kepada pelajar & guru-guru Rumah DELTA kerana telah mengungguli Temasya Olahraga Tahunan SAINSri pada Tahun 2010.

No comments:

Post a Comment