Selamat Menyambut Ibadah Berpuasa




Salam...
Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum SAINSri ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada seluruh warga SAINSri serta semua ibu bapa "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan" dan Selamat Melakukan Amal Ibadah Puasa di bulan yang penuh dengan barakah ini.

Buat semua putera puteri muslimin dan muslimah SAINSri, jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk menjadi malas dan leka. Anda semua masih boleh melakukan aktiviti-aktiviti riadah yang ringan pada waktu petang untuk menghilangkan rasa bosan dan tekanan setelah belajar seharian.

Daripada Abu Sa’id al-Khudri katanya, Rasulullah SAW bersabda:
“Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah menjauhkannya neraka sejauh 70,000 musim.” (Hadis Riwayat Muslim)

Sama-sama kita renungkan....

No comments:

Post a Comment