Kelab & Persatuan (Januari-April 2010)

Pertandingan Pantun Sempena Karnival Bahasa Peringkat Daerah Miri 2010
Tarikh: 27 Februari 2010
Tempat: Dewan Sri Pahlawan, SM Sains Miri.



Tahniah & syabas serta setinggi-tinggi perhargaan kepada Pasukan Pantun SAINSri yang diketuai oleh Nadia Asshikin bt. Kamaruddin dan rakan-rakan yang terdiri daripada Najihah bt. Yahya, Wafri b. Wasli dan Mohd Miqdad b. Yusree. Mereka telah muncul johan dengan mengatasi Pasukan Pemantun daripada Kolej Tun Datu Haji Bujang Miri. Tempat ketiga pula jatuh kepada Pasukan daripada SMK Agama Miri.

Turut dihargai sumbangan dan bimbingan daripada guru penasihat Cik Ellis Roslina bt. Rosedi dan Puan Azma bt. Zakaria. InsyaAllah kalau ada rezeki pasukan SAINSri akan mewakili Bahagian Miri di pertandingan Peringkat Negeri kelak.




PROGRAM “KEM MESRA ALAM” SEKOLAH MENENGAH BAHAGIAN MIRI ANJURAN

Tarikh: 13-15 MAC 2010

Tempat: Taman Negara Loagan Bunut

Anjuran: Sarawak Shell Berhad & Sarawak Forestry Cooperation



Ahli Kelab Alam Sekitar SAINSri terlibat:

Abdullah b. Husaini (5Ilt)

Muhd Nadzirul b. Abd. Rahni (4Us)

Nadzmi Naqiuddin b. Abd. Aziz (4Ma)

Haziqah bt Pethie (4Ja)

Vildreen Chundi (4Ja)

Nurliyana bt. Yakob (4Us)

Serba ringkas fakta mengenai Taman Negara Logan Bunut:
The incredible shrinking lake is the centre piece of this park. Called Loagan Bunut by the local Berawan people, is the Sarawak's largest natural lake, covering 650 hectares. But in dry months, usually February and May or June, the lake shrinks to nothing and you can walk on great expanses of dry mud flats.

Objektif kem ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran, peka dan prihatin terhadap alam sekitar, memberi pengalaman, pengetahuan dan kefahaman berkenaan Modul Kem Mesra Alam, memperoleh nilai dan memupuk sikap positif cintakan alam sekitar, menguasai kemahiran yang diperlukan untuk kenalpasti masalah alam sekitar dan cara penyelesaiannya, kebolehan menilai dan memahami bahawa penggunaan sumber alam semulajadi secara lestari, serta menggalakkan penglibatan diri secara aktif dalam meningkatkan kualiti alam sekitar.

Pada hari pertama kem tersebut, kami berangkat dari Dewan Suarah Miri pada jam 8 pagi dan tiba di Taman Negara Loagan Bunut kira-kira jam 1130 pagi. Ketika sampai di sana kami terus diberi taklimat oleh warden taman pengurusan penginapan. Pada jam 2 petang,kami telah diberi taklimat program dan memecah batas sosial di mana kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kami juga diminta untuk berkenalan sesama ahli kumpulan. Selepas itu kami melakukan riadah alam sekitar. Pada sebelah malamnya pula, kami telah diberi ceramah mengenai Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga yang telah disampaikan oleh Encik Norman Suhaili dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dan diikuti ceramah mengenai kebersihan dan keselamatan sungai oleh Encik Julaihi bin Shahmad dari Lembaga Sungai Sarawak dan ceramah ini berakhir kira-kira jam 10 malam.

Esoknya, selepas sarapan pagi kami telah diberi ceramah mengenai Pemeliharaan dan Pemuliharaan flora dan fauna oleh Encik Rajali @ Roslan bin Mohd Sah. Kemudiannya, kami telah diberi pengagihan dan pelaksanaan modul mengikut kumpulan. Pada sebelah petangnya kami telah mengadakan riadah iaitu masuk ke dalam lumpur. Pada sebelah malamnya pula kami telah membentangkan hasil kerja kumpulan dan selepas itu majlis penangguhan program dan penyampaian sijil penyertaan dan aktiviti tersebut berakhir kira-kira jam 12 malam.

Pada hari terakhir kem tersebut, kami telah bergotong-royong membersihkan kawasan tempat penginapan kami. Kami berangkat sekitar jam 8.30 pagi dan sampai di Bandar Raya Miri kira-kira jam 1 petang.

Laporan disediakan oleh:

Abdullah Husaini, Mohd Nadzirul Abdul Rahni, Nazmi Naqiuddin, Nurliyana Yakob, Vildreen Chundi, dan Haziqah Petthie




Pertandingan Public Speaking Peringkat Daerah Miri 2010
Tarikh: 23 Mac 2010
Tempat: SMK Merbau Miri.


SAINSri Speakers:

Michelle Diana Bong (3Ilt)

Siti Hajar bt. Mohd. Hafeez (2Us)

Alvin Sia Siaw Kang (2Us)

Coach: Pn. Dyg Aisyah bt. Abg Fauzi




Program Alam Sekitar "Mari Buat Sabun Daripada Minyak Terpakai"

Anjuran Pustaka Miri & Kumpulan Kerja Perlaksanaan Kawalan Pencemaran Sungai-sungai di Miri.

Tarikh: 15 April 2010

Tempat: Pustaka Miri




Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Bahagian Miri Tahun 2010

Tarikh: 24 April 2010

Tempat: Dewan Masyarakat Batu Niah, Miri.




Pertandingan Forum Remaja Piala TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak 2010

Tarikh: 28 April 2010

Tempat: Pusat Kegiatan Guru, Miri.


No comments:

Post a Comment