Puding Jagung PASCA PMR



Terima kasih tak terhingga kepada pelajar Ting.3Maju yang telah menghantar puding jagung yang telah dimasak sendiri dalam Kelas Memasak Program PASCA hari ini. Walau rupanya tiada tetapi boleh tahan juga sedap rasanya. Lepas ni bolehlah buat berniaga. Tahniah juga kepada guru-guru yang telah mengawal selia mereka.

Mini Sukantara

Tarikh: 15 Oktober 2010
Tempat: SM SAINS Miri
Penglibatan: Pelajar Ting 1 & 2.
Urusetia: Pelajar Ting.4



Tepat pukul 3.00 ptg, bermulalah acara mini sukantara 2010 yang hanya melibatkan semua pelajar tingkatan 1 & 2 yang hanya melibatkan acara 100m sahaja. Jumlah mata yang diperolehi nanti akan ditambah kepada pungutan mata Mini Temasya Olahraga yang akan berlangsung pada 22 Okt dan 27 Okt nanti. Berikut adalah keputusan mini sukantara.

Gamma: 38 mata
Sigma: 38 mata
Omega: 37 mata
Delta: 27 mata

Kejohanan Balapan & Padang Olahraga Pembangunan 13tahun (Ting.1) MSS Daerah Miri

Tarikh: 14-15 Oktober 2010
Tempat: Stadium Bandaraya Miri