Rugby 10's Tri Series (II) 2010 U18

Sabtu 17 Julai 2010. Tarikh bersejarah bagi SM Sains Miri. Ini kerana buat pertama kali selepas 2 tahun tidak beraksi, Pasukan The MIGHTHY SAINSri telah mengadakan satu siri perlawanan persahabatan di padang ragbi SM Sains Miri. Pasukan-pasukan yang terlibat:

1. SM Sains Miri
2. SM Vokasional Miri
3. Miri Hornbills

Alhamdullilah.. Daripada dua perlawanan berkenaan, pasukan kita telah menang apabila menentang SM Vokasional Miri dan tewas kepada Miri Hornsbill. Suatu yang membanggakan kita berjaya mengelak sebarang 'try' dilakukan pasukan Hornbills pada separuh masa kedua.

Petang berkenaan juga turut dimeriahkan dengan perlawanan pertunjukan daripada pasukan Kesatuan Ragbi Bahagian Miri (MDRU) yang ternyata menghiburkan dan memberi banyak ilmu serta pengalaman kepada Pasukan Ragbi SAINSri.

Dengan itu, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para guru pembimbing Kelab Ragbi SAINSri iaitu Cikgu Azmi b. Zainuddin & Cikgu Badruliman b. Batni bersama-sama jurulatih yang dijemput khas dari MDRU iaitu En. Zakaria b. Hj. Hamzah (Brunei) dan En. Timothy Alexander Lian (Brunei). Turut tidak dilupakan tunjuk ajar, bimbingan dan semangat yang dicurahkan oleh Mr. Lendle dari Shell Miri.



SAINSri Rugby Team Logo


Agi Idup Agi Ngelaban

Biar Luput Anang Cabut

Ngap Sayot!



Maksud Logo


Berbentuk dan berlatarbelakangkan bola ragbi

Warna biru melambangkan Laut (SAINSri terletak berdekatan Laut Cina Selatan)

Telaga Minyak melambangkan Bandaraya Miri (hasil minyak)

Merah melambangkan keberanian & disiplin

Warna kuning melambangkan satu pasukan elit & berktrampilan


Logo dihasilkan oleh: SAINSri Rugby Team 2010

Pertandingan Futsal & Bola Jaring Piala Pusingan Pengetua SAINSri 2010

Pada 14 Julai 2010, Pertandingan Futsal & Bola Jaring bagi merebut Piala Pusingan Pengetua SAINSri bagi Tahun 2010 telah diadakan.




Kunjungan Mantan PKKO Sainsri



Mantan PKKO pertama SM Sains Miri (2004-2005), En. Azemi b. Ahmad telah mengunjungi SAINSri sekali lagi setelah hampir 5 tahun berpindah ke SBPI Sultan Iskandar, Mersing, Johor. Kunjungan beliau kali ini adalah sebagai Guru Cemerlang Kimia bagi menyampaikan ceramah dan bengkel teknik menjawab soalan Kimia SPM bagi pelajar tingkatan 5 tahun 2010 pada 25-27 Jun 2010.

Setelah datang ke SAINSri banyak kenangan dan pengalaman lalu yang mengamit perasaan beliau. Beliau sangat teruja melihat perkembangan dan perubahan SAINSri masakini. Beliau juga mengharap pelajar SPM 2010 akan mencapai prestasi cemerlang dalam peperiksaan nanti khususnya bagi subjek Kimia.

Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh Kali Ke-37 Tahun 2010

Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) Kali Ke-37 pada tahun ini telah diadakan di Sekolah Menengah Sains P asir Puteh Kelantan pada 31 Mei- 4 Jun 2010. Sekolah kita telah mewakili Zon SQL (SBP Sabah, Sarawak, WP Labuan) bagi pertandingan bahas parlimen kategori Bahasa Inggeris. SM Sains Lahad Datu pula mengikuti pertandingan Bahas Bahasa Melayu manakala SM Sains Kuching menyertai Pertandingan Bola Keranjang (Lelaki dan Perempuan).

Pasukan bahas SAINSri telah dianggotai oleh saudari Eva Maria Eeyah Unyat, Mahfuzah bt. Yahya, saudara Arwin Lashwan Kendary dan Alvin Sia. Pasukan kita telah memberikan prestasi yang memberansangkan dengan memenangi 2 daripada 4 pertandingan bahas berkenaan.






Imbasan Pertandingan Bola Baling, Bola Keranjang & Sepaktakraw MSS Peringkat Daerah Miri 2010

PERTANDINGAN BOLA KERANJANG MSSM 18TKB PERINGKAT BAHAGIAN MIRI
9 HINGGA 11 APRIL 2010
BERTEMPAT DI GELANGGANG PERSATUAN BOLA KERANJANG MIRI, KROKOP, MIRI.


Perempuan 18:
SAINSri kk SMK Marudi
SAINSri kk SMK Chung Hua


Lelaki 18:
SAINSri kk
SM Swasta Pei Min
SAINSri kk SMK St. Columba
SAINSri mk SMK Dato Permaisuri




Laporan disediakan oleh: Cik Karrin Manu Mathew


PERTANDINGAN BOLA BALING MSSM 18TKB PERINGKAT BAHAGIAN MIRI

13 HINGGA 14 APRIL 2010

BERTEMPAT DI SMK BARU MIRI


Peringkat Kumpulan

Tewas 1-2 kepada SMK ST Joseph

Tewas 1-5 kepada SMK Lopeng Tengah



Senarai pemain:

Abg Aidel Farezzuan B. Abang Jugah

Syafiq B. Umar

Ismail Adisoptera B. Abdullah

Raden Muhamad Shalihin Bin Radin Romani

Ariff Ezuan B. Samzir Hadi

Balqis B. Marzuki

Jacob Lisa Matius

Mohd Tufail B. Solong

Qhairul Adzhar B. Johari

Fatthie Khairullah Hisyam B. Rabie

Syed Muhammad Syafie B. Syed Saiful Bahari

Mohd Syafiq B. Mohamad Sariff


Laporan disediakan oleh En. Azmi b. Zainuddin



PERTANDINGAN SEPAKTAKRAW MSSM 18TKB PERINGKAT BAHAGIAN MIRI

13 HINGGA 14 APRIL 2010

BERTEMPAT DI SMK SUAI MIRI




Regu A

Muhammad Alif bin Mazlan (3 Jaya/Sigma)

Mohd Farid bin Maridat (2 Jaya/Delta)

Mohd Rusydi bin Hashim (3 Usaha/Omega)

Stantey ak. Sedah (3 Maju/Sigma)


Regu B

Mohd. Fadhil bin Abdul Rahman (3 Jaya/Sigma)

Kennedy ak. Jadum (3 Usaha/Sigma)

Muhammad Amirul Ariff bin Kamarozzaman (3 Jaya/Gamma)

Mohd Nabil Fikri (3 Jaya/Sigma)


Regu C

Mohd Nur Hidayat bin Ramahni (3 Usaha/Omega)

Muhd Syairan Anas (4 Iltizam/Omega)

Mohammad Ashman bin Shaiful Bahri (4 Iltizam/Omega)

Cassidy ak. Jadum (3 Usaha/Sigma)

Laporan disediakan oleh: Ust. Mohd. Nasir b. Awg. Hamat