Laporan Pertandingan Reka Cipta Kejuruteraan dan Inovasi Sains SBP Kali ke-12

Tempat:

SMS TUANKU SYED PUTRA, KANGAR, PERLIS.

22-25 April 2010


Kategori Inovasi: Garam Bario

Keputusan: Anugerah Gangsa


Ahli SAINSri:

NUR FARAHIN BT SUARIANI

NUR AZMINA BT JAPAR

ALVIN CHOO DING YUAN

MOHAMED ASHMAN BIN SHAIFUL BAHRI


Guru Pembimbing: Pn Norsyamsyafikhoh bt. Abdul Ghani


Keputusan Keseluruhan:

Kategori Inovasi:

Emas Pertama: Kolej Tunku Kursiah

(A Fishy Detector)

Emas Kedua: SM Sains Sultan Mohamad Jiwa

(Fertility Booster: A Study on The Effect of Eurycoma Longifolia Jack on Estrous Cycle of Female Rats a New Hope for the Infertilities)

Emas Ketiga: SM Sains Muar

(Odre Plast)


Kategori Rekacipta Kejuruteraan:

Emas Pertama: SM Sains Tuanku Syed Putra

(Green Based Conductive Polymer For Multi Purpose Sensor)

Emas Kedua: SM Sains Kuching

(User Friendly Jack)

Emas Ketiga: SM Agama Persekutuan Labu

(Penutup Dapur Gas Berpemasa)




Laporan disediakan oleh: Pn Norsyamsyafikhoh bt. Abdul Ghani


Pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran (MTAQ) 2010

Pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran (MTAQ) 2010
Tarikh: 6 Februari 2010, Sabtu.
Tempat: SM Sains Miri

Keputusan:

Tilawah Al-Quran (L)

Johan: WAFRI BIN WASLI (Omega)

Naib Johan: MOHD A’SIM YUSREE (Sigma)

Ketiga: MOHAMAD AZIZI BIN JAFAR (Gamma)

Keempat: ALIF IMRAN BIN ROSLI (Delta)


Tilawah Al-Quran (P)

Johan: SITI KHAIRUNNISA SYAZWANI BT SAFFAR (Gmama)

Naib Johan: FARAH AFINA BT JEFFREY (Delta)

Ketiga: LAEEBA BT HASLAN (Sigma)

Keempat: DAYANG MUNIRAH SYAHIDAH BINTI WASLI (Omega)


Syarahan Agama (L)
Johan: MOHAMMAD AZRAN B. MOSTAPHA (Sigma)

Naib Johan: MUHAMMAD SYAFIQ SAPRI (Omega)

Ketiga: MOHAMAD HANIFF B. AWANG SUHAILI (Gamma)

Keempat: MOHD ARIF BIN ISMAIL (Delta)


Syarahan Agama (P)

Johan: MAHFUZAH BT YAHYA (Gamma)

DEWISUSANTI AK JOLE (Sigma)

NURUL ZAKARIA BT MAHMUD (Delta)

KHAIRUNNISA BT WARAHAP@WAHAB (Omega)


Hafazan Al-Quran (L)

Johan: MOHAMMAD TAUFIQ BIN HASBI (Delta)

Naib Johan: MUHAMMAD OMAR BIN MOHD HAFEEZ (Omega)

Ketiga: MOHD KHUZAIMAN BIN MOHD SUHAR (Gamma)

Keempat: MOHD MIQDAD BIN YUSREE (Sigma)


Hafazan Al-Quran (P)

Johan: AMIRAH ATIQAH BT HJ ZAINAL (Delta)

Naib Johan: NURUL FATIHAH AMIR (Gamma)

Ketiga: JUZAILAH BT UNTONG (Omega)

Keempat: SITI HAJAR BT MOHD HAFEEZ (Sigma)


Kuiz Agama

Johan: Omega

Naib Johan: Gamma

Ketiga: Delta

Keempat: Sigma

Senamrobik Perdana "Senam Seni 1Malaysia"





Sempena dengan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, Sabtu, 15 Mei 2010, pada hari ini program berkenaan dimulakan dengan acara Senam Seni 1Malaysia bermula dari pukul seawal 6.45 minit pagi lagi.

Semua pelajar dan guru terlibat bersama-sama dalam acara senam seni ini.Jurutunjuk senaman telah diketuai oleh En. Edmund Joanathan (Ketua Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan SAINsri) bersama 5 pelajar yang terlatih.

Imbas Kembali Temasya Olahraga Tahunan SAINSri kali ke-18 Tahun 2010

Imbas kembali acara kemuncak Temasya Olahraga Tahunan SAINSri 2010 yang telah diadakan di Padang SM Sains Miri pada Khamis, 11 Februari 2010.



Beberapa pertandingan peringkat awal telah diadakan sebelum hari temasya seperti:
1. Sukantara Antara Rumah (Rabu, 3 Februari 2010)
2. Acara Akhir Padang (4-5 Februari 2010)

Manakala semasa hari Temasya pula, telah diadakan acara akhir balapan yang sebelum itu, majlis telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Miri, En. Awang@Ibrahim b. Ahmat.

Aturcara majlis perasmian temasya pada hari berkenaan adalah seperti berikut:
  • Lalulintas hormat pasukan unit beruniform dan rumah SAINSri yang mengambil bahagian dalam pertandingan.
  • Ucapan aluan Pengetua
  • Ucapan Perasmian tetamu kehormat
  • Upacara menaikkan Bendera Kejohanan
  • Upacara Lafaz Ikrar Kejohanan
  • Persembahan tambor oleh Rejimen Askar Melayu di-Raja Kem Sri Miri.
  • Persembahan Padang 1Malaysia oleh pelajar-pelajar Ting1 & 2.
  • Pertandingan Maskot antara rumah.
  • Pertandingan Khemah Berhias antara rumah.
  • Acara akhir balapan bermula.
  • Penyampaian cenderamata, hadiah, piala dan anugerah kepada pemenang.
Tahniah & Syabas kepada pelajar & guru-guru Rumah DELTA kerana telah mengungguli Temasya Olahraga Tahunan SAINSri pada Tahun 2010.

Lawatan Kerja Rasmi Yg. Berbahagia Dato' Hajah Noor Rezan bt. Bapoo Hashim Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan)

Segak bergaya dengan pakaian lengkap unit beruniform masing-masing, pelajar-pelajar SAINSri sangat berbesar hati memyambut dan meraikan lawatan kerja Yg. Berbahagia Dato' Hajah Noor Rezan bt. Bapoo Hashim serta rombongan ke Kampus SAINSri. Ketibaan tetamu dialu-alukan dengan bunga manggar, paluan kompang, kalungan manik dan tarian etnik suku-suku kaum di Sarawak. Sempena dengan lawatan beliau juga telah diadakan upacara pemotongan kek sempena Sambutan Ulangtahun ke-20 SAINSri Gemilang (1990-2010). Yg. Berbahagia Dato' turut dikejutkan dengan penyerahan jambangan bunga dan nyanyian Lagu Ibu daripada pelajar Ting.1 SAINSri sempena Sambutan Hari Ibu yang secara kebetulan jatuh pada tanggal 9Mei 2010.





Lawatan beliau di SAINSri diteruskan dengan lawatan ke Lorong & Sudut PPDa dan jamuan makan tengah hari serta taklimat ringkas mengenai SAINSri daripada Pengetua Kanan SAINSri Pn. Hjh. Serina bt. Sauni di bilik Santubong.

Selepas melawat SAINSri, rombongan Yg. Berbahagia Dato' akan bertolak ke Bahagian Limbang untuk melawat Sekolah Rendah Kluster, SK Ulu Lubai.

Semoga apabila berakhirnya kunjungan Yg. Berbahagia Dato' di Bumi Kenyalang kali ini memberi makna dan kenangan yang cukup manis. Semoga berjumpa lagi.

Lawatan Sambil Belajar Kelab Usahawan Muda SAINSri

Tahniah & Syabas kepada ahli Kelab Usahawan Muda SAINSri yang telah menjalankan 2 lawatan sambil belajar ke dua buah kilang Industri Kecil & Sederhana (IKS) pengeluaran roti dan keropok oleh usahawan Bumiputera di Bandaraya Miri. Semoga dengan lawatan berkenaan memberi manfaat dan ilmu keusahawanan khusus kepada bakal-bakal pelajar SAINSri yang berminat untuk menjadi usahawan muda berjaya suatu hari nanti.


TARIKH : 05 MEI 2010 (RABU)
TEMPAT : JF HOUSE OF KEROPOK
BIL. AHLI : 49 ORANG TERMASUK 2 ORANG GURU PENGIRING
MASA : 2.00 PTG – 4.30 PTG

Objektif Lawatan:
Mempelajari selok-belok bidang keusahawanan.
Memberikan pendedahan kepada pelajar tentang bidang pembuatan keropok.
Memberikan kesedaran, dorongan dan motivasi kepada pelajar bahawa bidang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) juga boleh berjaya.

Aktiviti Semasa Lawatan:
Mendengar taklimat tentang bidang pembuatan keropok
Mendengar taklimat tentang bidang keusahawan
Mendengar taklimat proses permohonan Logo Halal
Lawatan di kilang keropok






TARIKH : 07 APRIL 2010 (RABU)
TEMPAT : MORNI BAKERI
BIL. AHLI : 49 ORANG TERMASUK 2 ORANG GURU PENGIRING
MASA : 2.00 PG – 5.00 PTG

Objektif Lawatan:
Mempelajari selok-belok bidang keusahawanan.
Memberikan pendedahan kepada pelajar tentang bidang pembuatan roti.
Memberikan kesedaran, dorongan dan motivasi kepada pelajar bahawa bidang
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) juga boleh berjaya.

Aktiviti Semasa Lawatan:
Mendengar taklimat tentang bidang pembuatan roti
Mendengar taklimat tentang bidang keusahawan
Lawatan di kilang roti