Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Kali ke-53



JK Pengurusan Kokurikulum SAINSri dan ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan kepada semua warga SAINSri serta semua ibu bapa. Khusus buat generasi muda bakal pemimpin negara suatu hari nanti kekalkanlah kemerdekaan negara kita dengan menghargai pengorbanan pemimpin, ibu bapa dan guru kita.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Lawatan Yg Berbahagia Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh & Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK)

Tanggal 23 Ogos 2010 bersamaan 13 Ramadhan 1431H yang lalu, bumi SAINSri telah dimeriahkan dengan sambutan Lawatan Kerja Rasmi Yg. Berbahagia Pn. Ashah bt Samah, Pengarah BPSBPSK. Bersempena bulan ramadhan ini Yg. Berbahagia Pengarah serta rombongan telah sudi bersama-sama berbuka puasa dan bersolat Maghrib, Isya & Tarawih dengan anak-anak pelajar serta seluruh warga SAINSri.



"Annual Build and Break Competition 2010"


Tarikh: 31 Julai 2010
Tempat: Curtin University of Technology
Anjuran: Young Engineers Section (YES), Institution of Engineers, Malaysia (IEM) Miri Branch.


Pelajar terlibat:
Mohd Ainol Fhatah
Nur Wahida Bt Che Zulkifli
Adilla Farhanie Bt Junaidi
Mohd Amirul Hadafi B Abdulah
Khaw Soon Khai
Arwin Lashawn Kendary
Hazwani Qisteena
Nazatul Nadhirah Zuliddie
Zahid Hamidi
Mohd Azran
Jennie Awing
Alice Sakai
Awg Muhd Hamiddudin
Khairiz Fadzillah
Mohd Safwan Seruji
Parvinaa Thimayah
Eva Vanissa David
Diana Hassan
Mohd Fitrie B Mahem
Muhd Ariff B Jamil



Guru Pembimbing: Cikgu Wilfred & Cikgu Norzamirmizam

Perkhemahan Unit Beruniform SAINSri 2010



Perkhemahan perdana unit beruniform SAINSri telah diadakan pada 29-31 Julai 2010. Seramai 56 ahli unit beruniform daripada 7 unit beruniform SAINSri telah terlibat di dalam program berkenaan.

Di antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan adalah seperti:
Ikhtiar Hidup
Membaca Kompas
Unggun Api & Malam Kebudayaan
Pertolongan Cemas
Ikatan & Simpulan Tali
Pertandingan Membuat Gajet
Pertandingan Khemah Terkemas.






JK Pengurusan Kokurikulum SAINSri mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Jawatan Kuasa yang terlibat, semua guru-guru penasihat unit beruniform dan fasilitator2 yang telah menjayakan perkhemahan kali ini. Syabas & Tahniah.

Selamat Menyambut Ibadah Berpuasa




Salam...
Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum SAINSri ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada seluruh warga SAINSri serta semua ibu bapa "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan" dan Selamat Melakukan Amal Ibadah Puasa di bulan yang penuh dengan barakah ini.

Buat semua putera puteri muslimin dan muslimah SAINSri, jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk menjadi malas dan leka. Anda semua masih boleh melakukan aktiviti-aktiviti riadah yang ringan pada waktu petang untuk menghilangkan rasa bosan dan tekanan setelah belajar seharian.

Daripada Abu Sa’id al-Khudri katanya, Rasulullah SAW bersabda:
“Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah menjauhkannya neraka sejauh 70,000 musim.” (Hadis Riwayat Muslim)

Sama-sama kita renungkan....

Imbas Kembali Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak Zon G

Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak Zon G
22 & 29 April 2010
Bertempat di Auditorium RTM Miri

Pembahas SAINSri:

Nur Hasmira Yana bt Dris (5 Usaha/Delta)

Farahana Azwa bt Drahman (5 Iltizam /Delta)

Mahfuzah bt Yahya (4 Iltizam/Gamma)

Muhammad Syafiq bin Sapri (3 Jaya/Omega)


Peringkat Awal: 22 April 2010

SAINSri mk SMK St Columba

Tajuk: “Persekitaran Lebih Banyak Mempengaruhi Pembentukan Keluarga Bahagia”


Peringkat Suku Akhir: 29 April 2010

SAINSri kk SMK Marudi

Tajuk: “Penganjuran Sukan Bertaraf Dunia telah Mempertingkatkan Mutu Sukan Negara”